baby wearing class @ lunatots

class best though first time join. pn su n suami handle class dgn menarik skali. kami diberi pluang test all gadgets of bby wearing. rugi pulak x ambil gambr wkt class. mama duk pegang adik yg jap panas jap sejuk. 3 psg suami isteri dan 3 ibu (including me) join the class. pn su n team sgt2 peramah n membantu. kelas santai siap ble breastfeed lg :). terima kasih puan su n team. skang mama dah tau mcmana nk pakai ringsling n wrap yg ada. rm5 paling berbaloi i've spent. mungkin nk join class lain pula.
ps: kwn2 yg join smua dr jauh, sepang, sg buloh, raub. ruginya kita yg dekat tak manfaatkan class mcm ni

demam anak

:( sebab anak demam dia ble suka hati kluar merayap. duk umah, jaga anak pin marah2 mcm x puas hati tak boleh kluar. jadual ubat anak pun tak ingat. anak panas pun mcm tak risau. ni lah lelaki

yey am genius

hari ni berjaya buka akaun am genius utk hariz n hazim. luv u babies

hati mau pergi tapi keadaan kata tak boleh

nak pergi sangat. setahun lalu rasanya masih berbaki duit tu kalau nk pergi 3 beranak. tp skang dah 4 beranak, allah je yg tahu. xpela kirim salam jela yayih, iyeen, lain musim kita ketemu :)

demam

adik last demam 4 dec 2012. demam panas. cukup umur 3 bln adik demam. kelmarin ambil adik dr nursery, batuk selsema n berkahak. pagi sabtu, ada skit demam. sedih juga hati ni sbb adik demam, sakit tekak, batuk cukup pakej la, sampai dia x selesa nak tidur. minum susu pun skit2. malam ni tak ble tidur, nak kena monitor suhu adik. ya allah jauhkanlah adik dari segala penyakit, amin

50% off

pengalaman seorang ibu,
umur sehari hingga 16 bulan,
susu = susu ibu (amat berkhasiat), diapers = huggies: perbelanjaan sebulan rm100-150
umur 17 bln - 25 bulan,
susu = susu formula sustagen, s26 pink (rasanya berkhasiat kut)
diapers = huggies: perbelanjaan sebulan rm300
umur 25 bln ke atas
susu = susu formula fernleaf (tanpa sucrose, jadi berkhasiat la agaknya),
diapers = fitti (material dlm sama huggies): perbelanjaan sebulan rm120-rm150 . jimat 50%. hanya yg terbaik utk anak.

lihat,tiada sucrose pada harga rm19.80 (900gm)

makan nom nom

kerja mkn je dr pg tadi. x kuar kemana2.nom nom

miss the good early of the year days

missing two good friends in the middle. leave a big hole between us.

hariz hazim..

mama bersyukur ada 2 org budak ni sentiasa menemani mama. sedih gembira, tetap bersama. walaupun kadang2 mama menangis atau ketawa kamu berdua tak paham, tp hati mama sentiasa terubat bila dapat tengok muka hariz n hazim, bila dpt peluk cium hariz n hazim. ya allah terima kasih dan syukur ku padaMu atas rezeki zuriat ini.

sedih pilu pergi jauh

pagi ni macam biasa abe bertolak balik ke kl. sambil bawa 2nd batch ebm hazim. semoga allah melindungi abe sepanjang perjalanan. hati sedih lagi, bila ada insan guna alasan ngarut2 dan salahkn org lain untuk halau kita. sedih rasanya. kalau tak larat nak jaga bagitau terus. lagipun diri ini bukan nak menyusahkan sesiapa. mungkin habis 40 hari patut balik kl. tak payah tunggu lama lagi disini. ada manusia yg kurang bersyukur, ahli keluarga masih menyayangi dan mengingatinya selalu. yang dah lupa padanya, yang tula dia masih bergantung harap, tp dimulut masih mengata bukan2. ya allah jauhkn diri ni dr sifat2 buruk itu. semua ini sebagai peringatan buat diri sendiri.

masa yg limited hujung minggu balik utk jenguk bini dan anak2 tula dia nk gi melepak dgn kawan2. cuba rasa kalau kita buat balik mcm tu kat dia, apa dia rasa. GERAM wey. tggjawab lebih ringan dr leisure. nauzubillah

ini jalan yang dipilih sejak 5 tahun yang lalu. satu saja yg dipinta, jangan dipersoalkan atau diungkit. allah maha mendengar dan maha adil. mungkin disana kita semua bakal disoal atas pilihan kita. yg ku tahu, ini jalanku, keputusanku, tabah hati hadapi apa jua. semoga yg baik dibalas baik. yang buruk itu semoga allah jauhkan. rintihan hati hanya diri yg tahu. jangan ditambah garam pada luka lama.itu saja yg diminta. diri ini hanya ingin yg terbaik buat anak2. bukan semua masalah ble dibawa berbincang. jika perbincangan hanya berakhir dgn jalan buntu, mungkin yg terbaik ialah berdiam diri, mengalah, dan merayu semoga allah sentiasa bersama kita.
gadget2 ini hanyalah hadiah buat diri sendiri. bukan untuk melalaikan mahupun melupakan segala tanggungjawab.
mungkin orang lain sentiasa boleh mengeji, mengata tanpa usul periksa. hanya tuan badan yg tahu segalanya. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya. semoga allah sentiasa merahmati hidup ini.
semoga allah sentiasa melindungi 2 heroku, muhammad hariz al hakiim dan muhammad hazim al hakiim

jika dapat diulang masa lalu

jika dapat diulang masa lalu, takkan ku ajar facebook, email dan semua perihal internet pada suami. sebab semua ini lah yang bakal menjadi penyebab buat semua masalah dan bakal masalah dalam family. ya allah berilah petunjuk buat kami

wahai hati bersabarlah

esok bakal ada appointment dgn doctor. harap semuanya ok. hormon sudah haywire, jerawatla, gatal sana sini, dugaan anak no 2. duhai hati bersabarlah, semua insyaallah akan selamat

mama sayang hariz

burger king tesco ampang
29 aug 2012

40 weeks still no sign

finding natural ways to induce labour. cepatla bby kluar sayang, mama dah tak larat ;)

38 weeks n still waiting

tak sukanya rasa ini, perut macam masuk angin tapi x ble kuar. asyik kena hurt burn walaupun dah mkn bila sudah masuk tidur. hmm. cuaca makin panas atau badan makin panas. hari ni mentally prepared to be 'belasah' or nak 'belasah' orang lain. sabar wahai hati, tak lama dah pun

:(

hari ni sedih sebab dapat tau doktor fav, prof jamil patah tangan. so tak dapat la dia nak sambut bby time deliver nanti. 2 sedih sebab ada suami bila kita minta tolong, dia kata NANTI, sampai berminggu nantinya, tapi kalau kawan minta tolong sanggup je naik kereta tengah malam tanpa ada NANTInya. moga allah bagi petunjuk buat kawan dan juga yang menolong tu. mana lagi besar pahalanya, menolong isteri yang sarat mengandung atau pun tolong kawan hanya untuk suka2. pikir2 kan. bukan mengungkit, tapi realiti dan moga jadi pengajaran buat semua suami.

hilang satu hari

hari ni penat sangat sampai bleeding skit. pastu kepala pusing, sampai lupa july ada 31 hari. ingat esok khamis rupanya rabu. hilang satu hari... hmm mcamana ble jd mcm tu. ya allah kurniakan belas kasihan dihati mereka, utk ku.. jika tidak sampai beranak pun kerjaku takkan habis.

melancholy malam hari

ptg tadi gi pasar ramadhan, 1/4 jalan je. dah x larat. rasa cam nak pitam n perut macam menurun. pastu pergi tesco jap groceries shopping. sama juga dah x larat, tapi kali ni tambah dgn sakit belakang. balik rumah sambung masak sup sayur n bersihkan ikan n ayam baru beli. belakang tambh sakit. lepas masak mmg terbaring terus. tanda2 dah dekat ke.
cemas juga ni. baju dah ready dlm beg. baju bby semua dah sedia, lampin siap iron lagi. tinggal bby je ditunggu tiba. ada barang kecik2 yg belum beli. kalau x sempat pun rasanya abe dah expert membeli kali ni.
hariz pula mcm x nak berenggang langsung dgn ayahnya. dengan mama pun kadang2 nak menempek je.nasib hari ni dia mau tidur siang kejap, kalau x asyik main je kerjanya. hariz dah besar selalu sebut2 adik.. tunggu ye adik dah nak kuar x lama lagi.
esok bersiap sedia menahan telinga. tak taula kut boss ngamuk sbb report x siap lg. hmmm.. sod ba ra

senyum tunjuk gigi

35 weeks and still counting

dah 35 wks, badan makin cepat letih. kerja ofis makin banyak nak kena complete before due. dugaan paling besar sepanjang mengandung kali kedua ni, KERJA. kalau tak kerja mana nak dtg income.
tadi baru byr bill2 semua. baru tersedar mcm org kena pinch, 1/3 gaji hanya utk byr bill2 je.blum masuk belanja harian. tu x masuk lg nnti bila adik hariz tiba. mmg nk kena cari side income mcm ni. semoga allah bagi petunjuk

34 weeks plus

hari ni, checkup di hukm. dah alang2 cuti ambil masa relax dgn abe gi njoy dark knight rise. hariz pi hantar ke nursery. doc kata ada possibility nk kena ceaser kalau bby x deliver b4 28 ogos. adui... pedih juga dengar tu. doktor takkan bagi lebih hari until 40 wks sbb ada history diabetes. so if nothing haapen b4 due, mybe kena induce n if induce pun x jadi apa, so kena ceaser.

hariz dah ble sebut mama hari ni. mungkis kes kena tinggal lama kat nursery hari ni. sian dia. mama sayang hariz, mama sayang adik n mama sayang ayah

happy dlm kereta moklong ;)

baby balboa ring sling

mama nak ni untuk adik hariz...

perlis here we come.. again

1.34 am, mak buyung baru nak kemas barang after 4 hrs nap. penatnya la, esok kerja lagi. susah mak buyung nak cari baju pergi kenduri, kena try and tanya opinion. fashion advisor plak tidur. ambil jela mana yang boleh. janji tutup aurat. semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi dituju, amin

lil' hariz dengan bag n baju

letih

sangat letih dan lesu akhir2 ni. dah masuk 32 weeks. moga allah peemudahkan segalanya. kesian kat abe n hariz, mama tak sempat nak buat segalanya dengan sempurna..

sentiasa yakin kepada Allah

ayah sentiasa pesan, selalu ingat dengan Allah dalam setiap detik hidup kita. selalu yakin Allah akan kurniakan apa yang hambanya pinta. yakin bahawa Allah akan sentiasa kurniakan rezeki kepada kita. rezeki itu datang bukan hanya dalam bentuk kewangan, tapi dalam pelbagai bentuk. selalu ingat, wang bukan segala-galanya.

cucu tok ayah manja keledek

aktiviti 24hb june 2012

tokol....

susah juga banyak sangat tokol2 ni. kita ikutkan jela. tp sedih jugala, sebab tokol2 family duk depan pintu je. hmm layan.. ni emotional ke, ataupun kes hormon pregnancy. takpela yg, skidamarink kidink2 skidamarink kiduu, mama luv u n hariz. xde mood nak gi kerja esok.. adui

5 tahun sudah berlalu

tak sangka sudah 5 tahun perjalanan kita abe. pelbagai dugaan kita tempuh bersama, cabaran membuatkan kita makin erat, teguh dan takkan berpisah lagi. ty sayang abe. tak kisah la apa org kata, abe tulang belakang ty selama ni. tanpa abe tak mungkin ty boleh berada disini seperti ni. kerjaya boleh diganti tapi cinta sejati, suami yang setia, sentiasa bersama dalam susah dan senang tidak boleh dicari ganti. moga perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa.
semoga cahaya mata kita berdua menjadi penyeri perkahwinan ini. amin

cindemelancholy men

from my recent trip kl-perlis-kl, i've learnt, that laughter is the best medicine, family ties will never dies, and always be sensitive towards others feeling. i also learnt that your true love will always be with you no matter what, and any challenge faced will make the marriage more stronger than before (minus all the quarrels). i also learnt, humbleness is the key to kindness, religion and culture is the key to our roots. our children will always be near to our heart, and they reflect the teachings they learnt from the parents. never ever look down towards the others, no matter how they looks or resembles. every individu have their own feelings. hariz, mama always love you, and do remember what mama always teach you dear. love, mama

kebahagiaan

malam tadi melawat rakan seperjuangan semesti. gembira sangat dapat jumpa kawan lama. ita, i'm so happy for you. hoping your new life as full time mom with 2 adorable boys will be filled with joy and happiness. excited sangat sampai tak ingat nak ambil gambar. anak kita berdua umur mereka hampir sama. nanti doakan ty pun akan happy dan bahagia macam ita. insyaallah.
bahagia itu berlainan definisi bagi setiap individu. ada yang bahagia walaupun hidup semua sekadar cukup apa yang ada. ada yang bahagia dengan mempunyai semua kemewahan. namun ada juga yang ada segalanya tapi masih belum bahagia. oleh itu, jangan sesekali menilai kebahagiaan individu lain dengan melihat apa yang boleh dilihat sahaja. kadang-kadang allah mengurniakan kebahagiaan kepada kita bukan dengan harta, tapi dengan ketenangan hati, kesihatan, kasih sayang, anak yang soleh, mahupun persahabatan yang tiada hujungnya.
ya, hidup ini kadangkala tak seperti yang diimpikan, tetapi allah telah menyusun segalanya dengan teratur bagi setiap hambanya. mungkin didatangkanNya segala dugaan tapi dengannya diberikan segala hikmah.

tak boleh tidur

dah dapat apa yg dihajati tapi mata tak ble tidur, bby asyik bergerak je. siang td kes buli lagi.. gerammm

bully...

boss kata i'm too helpful, senang nak kena bully. i'm not that helpful but i'm juz a worker who have no say if d boss asked for some help. if i'm the boss i would say no, n d others will hear me. so sad, mybe should move on. btw the prize we get this yr not that too big, i've not yet spend it for myself. sedih jugala, all last yr hardwork sampai umah tunggang terbalik, sampai tinggal tulang sampai anak sakit tp itu je yg dpt.... kesimpulannya i'm still sad till now although i love my job. allah berilah petunjuk buat hambamu ini.amin

jihad.. allahuakbar

abe berjaya bunuh seekor cicak besar, allahuakbar!

kami berjaya menambah kaum adam yang makin pupus, allahuakbar!

tapi mama sedih sedikit, tak berpeluang nak membeli baju cute yang berwarna merah jambu..

my readings now

trust yourself you know more than you do!

hfmd yang disalah sangka

hariz kena hfmd since friday or thursday. not sure. tapi mulut meleleh dan menangis dengan kerap mula hari jumaat. meleleh yang amat kronik. bajunya basah. baju mama basah, playmat dan segala apa yang hariz pegang basah. kesian dia. makan tak lalu nasib baik minum susu nak. bila tidur bantalnya basah. mulut menjadi bengkak. mama n ayah ingatkan hariz nak tumbuh gigi. rupanya awak kena hfmd. nasib ada mr google. ble kesan simptomnya. kemudian disahkan doktor dan message dari nursery, rupanya sudah 4 orang kena hfmd.
alhamdulillah hari ni keadaan beransur pulih. mulut kurang meleleh dah, walaupun bintik di tangan dan kaki baru nak timbul. esok mama terpaksa hantar awak ke nursery. mama kena kerja sayang. hmmm.. bila keadaan macam ni menimpa tak sanggup nak pergi kerja tapi boss dah bagi sign no long leave. semoga allah melindungi mu bby hariz. semoga allah menerima pengorbanan mama ini, amin

demi sayang buat hariz, semoga sentiasa berada dalam lindungan allah

x larat

dah x larat nak buat kerja berat. baru je mop lantai x sampai 2 kaki dah start mengah nak pitam. sape la nk tlg buat keje rumah ni..

pengasingan

baru je mengasing mainan yang dah tak sesuai dengan umur hariz untuk adiknya. nak asing tempat tidur belum berjaya lagi. alhamdulillah hari ni tak mabuk.cuma letih sedikit

bercerai susu

tak sampai hati mama nak menolak permintaan hariz. biarlah mama berkorban. mama hanya berharap adik masih mendapat zat yg secukupnya utk membesar. semoga hariz bakal jadi abang yang penyayang.

musim mcdonald lagi

hmm 1st trimester, dinner or lunch salah satu mesti mcd's. sian abe... cepatla musim mabuk mcm nak demam panas ni berlalu

letih

sangat letih dgn kerja. rasa mcm nk berhenti saja. allah kuatkan semangat ku demi keluarga tersayang
tak suka perasaan ni, mabuk x tau nk makan apa. letih lesu. cepatlah berlalu. ni bukan penyakit cuma simptom je. x suka nya

musim panas lagi

mengandung 1st trimester di musim panas kali kedua, betul2 mencabar. badan letih mulut pecah3. adui

unexpected the expected

hihihihi terbalik pula.ayahnya mabuk2. mama pula kuat makan dan rasa letih sangat. hariz pula makin nak mengerat. semoga semuanya selamat hingga ke akhirnya
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL