Anak .. Satu anugerah

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Buku ibu dan anak ala-ala Book for dummies

Lagi satu buku kegemaran. Senang dibawa mudah difahami oleh suami dan isteri,tentang kehamilan,kelahiran dan post kelahiran. 10 bintang,berbaloi dengan harganya. Terima kasih Dr Ariza

Buku-buku bacaan,persediaan sebelum kehadiran bby muhammad

Masih mencari nama ketiga yang sesuai. harap-harap dapat sebelum bby muhammad celik mata melihat dunia.

36 weeks plus.. so tired

Baby Muhammad dah masuk 36 weeks plus. Body mama makin lemah. So not motivated to go to work. Aduila, Budget for 2011 not yet settled. All due date for reports and analysis falls this week. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin orang lain tengok perut buyut ni macam kecil je, tapi mama yang membawa je tau berat mana. Semua tertipu dengan litupan baju yang besar.
We cannot destroy kindred:  our chains stretch a little sometimes, but they never break.  ~Marquise de Sévigné

Raya with big tummy :)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Dengan Ma, adik beradik, anak sedara and kain langsir terbang

Dengan Mama, Ayah and adik

almost famous amos

Hari ni dah hari ahad. esok dah mula kerja macam biasa. Lusa, cuti, thulat pun cuti untuk check-up bulanan.
Pagi tadi teringin sangat nak makan biskut famous amos tu. Adui, setiap kali beli 400gm, habis duit total rm17. lama-lama mau berlubang poket ni, kalau ikutkan hati. 400gm=makan untuk 3 1/2 hari je. So, hari ni, keluar pergi beli barang-barang groceries, sambil beli barang untuk buat double choc chip cookies. Resepi di ambil dari website kat bawah ni, bagi sesiapa yang nak try buat :)



Hmmm. Akhirnye, pukul 6 petang start buat biskut. Sempat siap waktu berbuka puasa. Inilah hasilnya, memang menjilat jari.

Nyummy...Sorryla biskut jadi besar, sebab scoop besar sangat. kena kecilkan saiz scoop lain kali
.


 Abe cadang suruh buat biskut ni untuk raya. Tak tau la mak buyung ni larat ke tak. Dik nae and dik jah, apa pendapat anda, nak try buat tak? Kalau nak abe kimi nak bawa balik oven. semangat sungguh dia :)


Ada lagi seminggu lebih sebelum balik beraya. Meloncat kegembiraan dah ni. Tapi sebelum balik kena siapkan kerja yang amat bertimbun dan berstress tinggi di ofis. Hopefully, everything will goes well for me, amin.
 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL