makcik kawan2 dan juga parents kata ty ni byk sgt bpikir. tu yg kadang2 hal kecil pun ble jadi besar. ini satu kelemahan dan juga kekuatanku. nak relax tp amat payah nk dapat relax 100%
petua utk kurus
1. mkn hati sesesedih yg mungkin
2. breastfeed - ni pun membantu
3. kerja sampai stress ataupun sampai nak tercabut kpala
4. bergaduh setiap masa
5. akibat semua di atas maka x lalu makan
hasilnya anda mungkin lg kurus drp zaman anak dara
tq ayah tq ma
tq to ayah n ma. masa ni mereka masih ada lagi. bila mereka sudah tiada dan saya dlm keadaan sekarang, tak tahulah macamana nasib saya sebenarnya.isnin dah nak puasa.tiada persediaan apapun.hmm
tanggungjawab n tanggungan
ada org tak paham makna tggjawab dan tanggungan. ada yg tak paham luahan perasaan dan mengungkit. hati ni sgt terguris. selama ni tak pernah kita biarkan dia kesusahan. kalau nk buat utk diri sendiri itu maknanya mengabaikan tggjawab. mcm tu baik tak payah berkongsi hidup
mama sedihla hariz
hariz, mama sedihla. patut mama yg tukar kerja ataupun org tu. mama sedih, nanti nasib kita terbela ke nanti. mama sedih, nk tenangkn hati dengan pergi tempat lain, tapi mama nk kena uruskan smua perbelanjaan. mama sangat sedih. nanti hariz jangan buat macam ni kat isteri dan anak hariz nanti ye
sendiri
byk masa sdiri skarang.ntahla.perlukan masa utk segalanya utk pulih.senang org lain kata "kita tgkla nanti mcmana". well, u r not in my shoes ;)
rezeki kami di tghari ahad ini
smua siap dlm masa 30 min sambil tgk mighty joe young.dlm duk sakit ati, bila mkn tetap bersama hihihi
citer sakit hati lagi
dah byk bersabar ni. orang tgh sibuk bg mkn anak. time tula dia bersungguh tengok tv. sape x sakit hati. bengang sangat ni. minta tolong skit semua "sekejap". rumah hari ahad jela pun ble cuci. time tu je ada masa terluang skit. lainla kalau ada yg nk byr org gaji tlg cuci rumah. hmmm
nak melentur buluh biar dari rebungnya
nak mendidik anak dgn harapan supaya menjadi anak yg soleh seharusnya dimulakan dr kecil lagi.bagaimana pula kalau kita sbg ibubapa tak dapat memberi contoh yg terbaik buat anak2. jgn disalahkn pada anak jika dia dewasa nanti tidak seperti yg kita harapkan. itulah situasi yg kebanyakan boleh dilihat byk berlaku pd zaman ini. ibu tak bertudung tapi mengharapkan anaknya bertudung. ayah tidak solat tapi mengharapkan anaknya menjadi imam bila besar nanti.sungguh sedih
shared from : ianpermana dot com - My Story – One Great Thing I Forget “Solat”
One of my friend come to my boarding house, he give a lot of suggestion about Religion, and how to make this life be more positive. He said, if you want get the greatest thing in this word, never try to forget your god especially your Praying (Solat). You forget that mean you try to broke your life, u will never get the goodness, you will always in down of this life. But when you safe it, your life will be better and better, the people will keep in peace with you, will help you, will give the best respect to you. Oh god, I deep of my heart I feel shy, because too much time I lost my Solat, I forget my god, I lost the great thing that should I keep. And believe Allah will give the second time to me, to change my life with do the responsibility as Moslem. Hopefully I do it consistency and never want to forget it again…Help me god, help…and safe my way till the end of my life! Solat is the crucial thing, that I should not forget, the thing that can help my way, to do the right life.
malam ini
tiba2 malam ni terpikir,adakah azan yg dia dengar mula2 lahir kedunia adalah yg pertama dan terakhir dr ayahnya. ya allah, lembutkanlah hatinya untuk menunaikan segala tggjawab kepadamu. lembutkan juga hatinya menjenguk al quran mu. beribu kitab mahupun buku takkan dpt merubah manusia itu melainkan dia sendiri yg mahu berubah.
kongsi ilmu : intim.wordpress - suami bertanggungjawab
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)
Firman Allah yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan, ayat 74)
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya.
Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
Suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak hingga menjadi isteri serta anak yang baik dan beriman, wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah seperti disebutkan dalam hadis.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan sebagai imam kerana banyak pengabaian tanggungjawab dilakukan oleh mereka. Tidak dinafikan banyak kes kaki suami yang hinggap di pundak isteri mahupun anak tanpa perasaan belas kasihan.
Selalu benar seorang suami itu cenderung mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Isteri solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak tanpa terlebih dulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul.
Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepemimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita.
Cakap serupa bikin antara kunci kejayaan suami yang menjadi imam kepada makmum iaitu isteri serta anak dalam sebuah rumah tangga yang bertakwa.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?. sumber: intim.wordpress
Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.
Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.
Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.
Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.
Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.
Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.
Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
teman mama yg setia
terima kasih syg mama, teman mama tatkala duka dan suka. selalu buat mama tersenyum
maafkan saya
maafkan saya apa yg saya lakukan salah. tapi salahkah saya menuntut yang hak. biar kita disoal didunia, agar dapat kita betulkan segera, daripada disoal diakhirat, mungkin waktu itu sudah terlewat. ingatlah wahai sang suami
wanita - dehearty
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
kerja vs keluarga
pnah x terpikir kerja bermati-matian tp bila tiba masa, keluarga ada masalah ada ke kerja kisah? hmm kerja buat derk je. kerja akan sentiasa tunggu situ selagi tak kita tak berhenti kerja. tapi keluarga jadi kucar kacir, hingga berbelah, kemungkinan keseorangan, ada ke yg nak tunggu lg? takde kan.. hmmm
berpisah, adakah ini jalan yg terbaik
x tau , adakah sbb kerja ataupun sudah menjangkau tahap toleransi, sampai terpikir untuk berpisah buat sementara. hariz pula macam tau je, sekarang dia mcm selalu nakkan perhatian dua2. rasanya berhak buat begini, jika tanggungjwb suami tak tertunai sepenuhnya. memang nak membawa diri balik kampung tenangkan diri. takde guna diri disini tapi kepala tak centre. pergi kerja pun asyik menangis. mmg tak produktif langsung. ya allah tunjukkan jln yg terbaik buat kami.
entry 101
i've just achieve my 101th entry for the blog. mama spent 500 plus for a car seat to make my boy comfy n safe when travelling in our cute car. hmmm cant afford a new car, so new car seat pun jadila kan dear. sayang boy mama sokmo, mmmuah
when I look at you - miley Cyrus
Everybody needs inspiration
Everybody needs a song
A beautiful melody when the night's so long
'Cause there is no guarantee that this life is easy
Yeah, when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I, I look at you
When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you
When I look at you, I see forgiveness, I see the truth
You love me for who I am like the stars hold the moon
Right there where they belong
And I know I'm not alone
Yeah, when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I, I look at you
When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you
You appear just like a dream to me
Just like kaleidoscope colors that prove to me
All I need, every breath that I breathe
Don't ya know, you're beautiful
Yeah, yeah
When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you
I look at you
Yeah, yeah, oh, oh
You appear just like a dream to me
i wonder..
it has been two years plus you left all of us here. I hope you're well there, besides Him. I know I hurt you before, but Allah knows that we were not meant to be together. I know, you were the person who cheered me up and lift me up when I was down. I learnt a lot about life from you, about people perspective, about hypocrites, about mother's love, about friendship, about brotherhood, about trust and betray. you were one of the toughest people I know. may Allah blessed you always there.
mama pinta keselesaan cuma utk hariz
mama x pernah minta wang ringgit mahupun emas berlian. mama cuma nak keselesaan untuk hariz . kalau dulu berdua, kini bertiga mana tau akan datang berempat. itu sahaja yg mama pinta...
betulkah cinta boleh berubah seperti masa yang berlalu
masa usia cepat berlalu. mungkinkah cinta juga boleh berubah searus dgn masa..tatkala kedut di muka makin bertambah, tatkala tulang merapuh dek usia, tatkala diri sudah tiada apa apa, masihkah ada cinta
berkahwin utk hidup susah
betul ke statement ni? tp melalui penilaian sekarang macam 50% atau lebih wanita berkahwin hidup lg susah dr sebelum kahwin. inikah penyebab utama penceraian sekarang? pikir2kan
kek biskut roti coklat
teringin memasak benda ni semua, tp nk kena cari stand mixer dulu baru ble buat. mixer portableku comel sangat
kisah terpendam
sayang anak mama. last week paling teruk hariz demam. 3 hari demam selang seli dengan cirit birit. hati ibu mana tak risau. mama pun jadi sakit sebab tak cukup tidur dan hati tak tenang. dah tak
kisah dah kalau cuti nak kena potong gaji pun. anak sakit, company ada kisah ke. anak mati company ada kisah ke. mama dah takkan jual roh diri untuk kerja. betul, kerja utk mencari secebis rezeki. tapi bila kerja sampai menghambakan diri, tak ke tak munasabah
muka yg sentiasa menyejukkan hati mama
sekian lama
alhamdulillah, akhirnya boleh berblog kembali dengan adanya bloggerplus. nanti nak menconteng dinding blog ini sepenuh penuhnya