Wahai Suami tersayang..

Wahai suami tersayang…

Tanggungjawab sudah berubah

Suntuk waktu telah dihabiskan

Uang juga kekeringan

Demi sebuah KERETA

 

Gi mana pula dengan tanggungjawab

Terhadap isteri dan anak

Pakaian mereka, makan minum mereka

Sudahkah didahulukan sebelum KERETA

Pikir-pikirkan…

Wahai anak lelaki...

Wahai anak lelaki, tanggungjawab mu amat besar

Perlu menjaga kedua ibu bapamu

Perlu mencari nafkah buat isteri dan anakmu

 

Wahai anak lelaki,

Tanggungjawab itu tidak dapat dipindah milik

Mahupun diganti dengan wang ringgit

 

Wahai anak lelaki,

Di sana, bakal disoal

Pernahkah kau membuatkan ibubapamu mengalirkan air mata

Pernahkah kau mengabaikan tanggungjawabmu terhadap keluarga

 

 

Wahai anak lelaki,

Keturunan keluarga bergantung padamu

Harta warisanmu perlu dipelihara

 

Wahai anak lelaki,

Beribu urat putus ibu putus demimu

Berjuta titisan keringat ibu jatuh keranamu

 

Ingatlah selalu

Keranamu anak lelaki

Ibu dan ayah sanggup berkorban apa sahaja

Pukul 4.13 petang yang membosankan

Tajuk pun dah bermula dengan perkataan membosankan. Tapi bukan nak tulis pasal benda-benda yang amat bosan, nanti ada gambar-gambar comel dari ofis. Anda lihatlah sendiri.


Pepatung berkawan baik dengan si zirafah


Peneman kerja di opis

Ni gambar giraffe dan pepatung yang bersantai di depan pc kat opis.
Giraffe ni junior kat ofis bagi. Cantikkan? Yang pepatung tu boss corporate planning bagi. Giraffe tu siap ada lubang telinga lagi. Tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni.
Siap ada lubang telinga lagi


Yang ni pula tak ada di opis, tapi ada dalam hati. Dia sekarang ada kat nursery, tunggu mama dan ayah dia ambil dia balik rumah.

Muka comel waktu tidur

Ni muka comel waktu tidur.
Sedap menghisap jari ni

Yang lagi satu, pandangan dari sudut atas, waktu tidur sambil hisap jari.



Sekian sudah entry dari opis. Cuma ada pesanan dari penaja. Kalau nak bergaduh, baik suami isteri ataupun bakal suami dan bakal isteri, tak baik menggunakan bahasa-bahasa kasar. Gunalah bahasa yang baik-baik sahaja, untuk mengurangkan konflik. Tak percaya, cubalah ganti B*****t dengan Sayang. Kejap je jadi gaduh tu.

Suami atau Ibu

Suami atau ibu yang perlu didahulukan? Bagiku, suami dahulu baru ibu sendiri. Tetapi bagaimana pula kalau ibu sendiri merendah-rendahkan suami? Memang tak dapat ku terima. Hati ni pedih je. Dia pilihan mereka. Tapi mengapa ada sifat merendahkan orang lain. Cukup la dulu merendahkan diri ini, sampaikan satu ketika, diri ni tak dapat berhadapan dengan dunia luar, disebabkan tempias itu.

Ya Allah, jauhkan sifat merendahkan orang daripada keluarga kecil ku ini. Manusia dicipta cukup sempurna oleh Allah, mana-mana kekurangan itu, harus diterima dengan sikap terbuka bukanlah dengan merendahkan mereka. Sedih.. memang sedih. Tak tau dah nak mengadu pada siapa.

 

 

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL