almost famous amos

Hari ni dah hari ahad. esok dah mula kerja macam biasa. Lusa, cuti, thulat pun cuti untuk check-up bulanan.
Pagi tadi teringin sangat nak makan biskut famous amos tu. Adui, setiap kali beli 400gm, habis duit total rm17. lama-lama mau berlubang poket ni, kalau ikutkan hati. 400gm=makan untuk 3 1/2 hari je. So, hari ni, keluar pergi beli barang-barang groceries, sambil beli barang untuk buat double choc chip cookies. Resepi di ambil dari website kat bawah ni, bagi sesiapa yang nak try buat :)



Hmmm. Akhirnye, pukul 6 petang start buat biskut. Sempat siap waktu berbuka puasa. Inilah hasilnya, memang menjilat jari.

Nyummy...Sorryla biskut jadi besar, sebab scoop besar sangat. kena kecilkan saiz scoop lain kali
.


 Abe cadang suruh buat biskut ni untuk raya. Tak tau la mak buyung ni larat ke tak. Dik nae and dik jah, apa pendapat anda, nak try buat tak? Kalau nak abe kimi nak bawa balik oven. semangat sungguh dia :)


Ada lagi seminggu lebih sebelum balik beraya. Meloncat kegembiraan dah ni. Tapi sebelum balik kena siapkan kerja yang amat bertimbun dan berstress tinggi di ofis. Hopefully, everything will goes well for me, amin.

Suara penyejuk hati

2 suara yang mampu menenangkan hati,di kala sedih, di kala tak keruan. Suara abe kesayangan dan suara ayah tercinta.moga allah lindungi 2 orang lelaki paling penting dalam hidup ini. Tanpa ayah, tanpa abe ty bukanlah ty yang ada sekarang ini.

22hb parenthood exhibition midvalley

Dapat juga menjejakkan kaki kat parenthood exhibition tu. Beli pampers lagi 4 bungkus, dapat 3 free gift, pastu rembat satu romper harga rm12 je. Kaki sakit, perut sakit, tapi rasa puas hati dapat beli barang-barang baby.
Comel.Mama tak sabar nak tengok dia pakai nanti

Semalam, ada orang tu baru dapat beg hiking. Bersungguh-sungguh dia membelek bag tu, dari petang sampai ke malam.

Petang ni, nak masak lauk ayam goreng percik, sayur goreng ringkas-ringkas, makan dengan telur asin dan nasi. Jadila untuk berbuka. Dah sampai pertengahan bulan Ramadhan, selera pun tak seberapa. Sampai tak tahu nak masak apa. Kawan-kawan yang ada idea resipe ringkas, kongsi-kongsi la kat blog, boleh nanti ty try.

Salam Ramadhan, selamat berbuka puasa.
Gambar penyeri, takde kaitan dengan bulan Ramadhan :)

hmmm.. telur-telur ku

Peristiwa sedih...

Dari 12 tinggal 8.. Hanya abe yang tau :D

tolong-tolong, sbelum kami jatuh dan pecah
Sian kat kawan... dah cracked .. jadi rezeki berbuka la jawabnye

Collection of happy faces, just to make myself happy

smile
nak cari bunga camni kat petaling street, pastu letak dlm smiley cup, sure comel
moooo... me happy

comel kek ni, rasa macam nak order la pulak dgn lia, tapi untuk occassion apa

Home again.. chill out and thinking again.

Batuk tak berhenti-henti. Sampaikan perut, (or baby Muhammad) jadi keras. Dugaan sungguh. Suara pun hilang. Nafas jadi tercungap-cungap. So, after discussion dengan abe, buat keputusan untuk berehat dirumah. Batuk ni dari hari Ahad lagi. Pergi kerja macam biasa Isnin sampai Rabu. Makan madu hampir habis satu botol. Masih belum sihat. Keadaan ofis yang terlalu sejuk, tambah dengan stress kerja yang meningkat, memang badan ibu yang mengandung ini mengalah juga akhirnye.

I need something to chill out. Maybe a cake, (tapi batuk pula), maybe a comedy movie, maybe a great massage (boleh ke, untuk ibu mengandung?), maybe a new hobby, or a new book.

wow.. Yummy cake


Raya tahun ni, dah kena pakai jubah untuk uniform raya. Minggu lepas pergi jalan TAR dengan abe, hajat nak beli baju raya dia dulu, tapi sebab tak banyak pilihan, akhirnya mak buyung juga yang beli jubah dulu. Tema tahun ni warna turqouise lembut. Harap-harap nanti abe dapat juga cari baju yang sedondon. Tak tau nanti, bila dah minggu kedua, ketiga, keempat puasa, dia pergi beli sendiri dapat jumpa ke tak. Abe, kalau takde yang teman, dia tak reti nak pilih baju untuk diri sendiri. Mak buyung ni pulak, bila dah minggu-minggu terakhir Ramadhan, tak tentu lagi boleh berjalan jauh atau pun tak.



warna turqoiuse riben tu tau, jangan silap pilih nanti abe
Tahun ni, hajat di hati nak amik gambar family beramai-ramai dengan family abe. Harap-harap menjadi. Sian kat abe, setiap tahun pun, pagi raya kat rumah ty. Tahun ni kita buat kelainan nak, ty tak kisah, kalau pagi raya kat rumah abe pun ok.


Terjumpa carta OK ni :)

8 months plus.. waiting for Aidilfitri to come

Dugaan bila dah masuk 8 bulan. badan cepat letih dan cepat kena penyakit. Paling sedih bila kerja-kerja di ofis pun macam tak mengizinkan cuti rehat, dah tak terdaya badan nak menanggung, tapi tiada siapa sudi nak 'lend a hand'. Demi baby Muhammad, mama gagahkan jua diri pergi kerja, anggap itu semua dugaan, dan kerja itu sebagai satu ibadat.
I wish i could be more relax ~_~

Kesian kat ayah, 2-3 hari kebelakangan, mama asyik sakit, lesu, persiapan berbuka puasa terpaksa dia ambil alih. Mama tolong cuci meja and basuh pinggan je. Tengah rindu sangat nak balik kampung ni. Tak sabar nak tunggu minggu ke 4 puasa, boleh balik ke tak ni? Ayah tanya tiap-tiap hari, dia takut sangat bini dia terberanak dalam kereta, tengah-tengah hutan banat mana. Siap tanya, apa akan jadi, dalam masa sejam lepas tanda-tanda kelahiran. Hhihihi.. Jangan risau, seminggu sebelum raya, ada appointment doktor. Nanti doktor akan terangkan semuanya. Harap-harap doktor bagi 'green light' untuk balik kampung. Kalaulah jalan nak balik ke KB tu macam highway PLUS, tentu hati ni tak risau sangat.

Bumpy road to KB ;(


Syukur, dia ada disisi selalu. Waktu senang, waktu susah, waktu sedih, waktu tiada motivasi,  waktu terasa disisih keluarga, dialah peneman dan penenang hati. Terima kasih Yang.

Perasaan jadi terlalu sensitif waktu mengandung, ataupun diri ini terlalu meng'observe' keadaan sekeliling. Pengajaran paling berharga, air dicincang takkan putus. Walau apapun terjadi, darah yang sama mengalir dalam badan adik beradik. Biarla apapun yang mendatang, seorang kakak takkan lupa pada adiknya. Satu ketika nanti, kakak ni juga yang dicarinya. 


Harta benda itu bersifat sementara. Mata akan kabur sementara, tetapi yang hakikat akan timbul jua, satu hari nanti. Harta benda boleh membeli hubungan, tapi itu tidak menjamin kebahagiaan. Wallahuallam..

Macam drama pula hidup ini. Tapi ini hakikat hidup. Drama-drama dalam tv tu memang skripnya ditulis berdasarkan kisah benar hidup seseorang. Terpulang pada kita yang menontonnya untuk mengupas maksud yang tersirat dan tersurat disebalik setiap lakunan itu.
Sentiasalah bersyukur di atas segala kurniaan-Nya. Berpikir positif dalam setiap perkara, sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan berdoa agar orang lain pun akan memaafkan kesilapan kita. 

Berharap dengan penuh harapan, semoga Ramadhan dan Aidilfitri ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada semua.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

 


 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL