Home again.. chill out and thinking again.

Batuk tak berhenti-henti. Sampaikan perut, (or baby Muhammad) jadi keras. Dugaan sungguh. Suara pun hilang. Nafas jadi tercungap-cungap. So, after discussion dengan abe, buat keputusan untuk berehat dirumah. Batuk ni dari hari Ahad lagi. Pergi kerja macam biasa Isnin sampai Rabu. Makan madu hampir habis satu botol. Masih belum sihat. Keadaan ofis yang terlalu sejuk, tambah dengan stress kerja yang meningkat, memang badan ibu yang mengandung ini mengalah juga akhirnye.

I need something to chill out. Maybe a cake, (tapi batuk pula), maybe a comedy movie, maybe a great massage (boleh ke, untuk ibu mengandung?), maybe a new hobby, or a new book.

wow.. Yummy cake


Raya tahun ni, dah kena pakai jubah untuk uniform raya. Minggu lepas pergi jalan TAR dengan abe, hajat nak beli baju raya dia dulu, tapi sebab tak banyak pilihan, akhirnya mak buyung juga yang beli jubah dulu. Tema tahun ni warna turqouise lembut. Harap-harap nanti abe dapat juga cari baju yang sedondon. Tak tau nanti, bila dah minggu kedua, ketiga, keempat puasa, dia pergi beli sendiri dapat jumpa ke tak. Abe, kalau takde yang teman, dia tak reti nak pilih baju untuk diri sendiri. Mak buyung ni pulak, bila dah minggu-minggu terakhir Ramadhan, tak tentu lagi boleh berjalan jauh atau pun tak.



warna turqoiuse riben tu tau, jangan silap pilih nanti abe
Tahun ni, hajat di hati nak amik gambar family beramai-ramai dengan family abe. Harap-harap menjadi. Sian kat abe, setiap tahun pun, pagi raya kat rumah ty. Tahun ni kita buat kelainan nak, ty tak kisah, kalau pagi raya kat rumah abe pun ok.


Terjumpa carta OK ni :)

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL