thalassemia

beberapa hari ni, asyik berpikir pasal thalassemia. masih mencari makanan yg boleh menambah blood count hariz. bubur nasi hariz kuantiti dagingnya ditambah sekali ganda. sayur masih belum jumpa, yang boleh dimasak dan difreeze dan dipanaskan semula. bayam memang out of the list. nanti nak try kacang peas, brokoli. belum cuba bagi kat hariz. tadi mkn chicken pie, bagi hariz rasa kacang peas mcm dia suka.

mama search pasal family marriage and thalassemia. berdebar hati, rupanya banyak kajian yang orang pernah buat pasal ni. masalah thalassemia paling banyak di pakistan because of close family marriage.

one of the studies found from internet

walaupun doktor belum mengesahkan hariz ada thalassemia, tapi doktor suspek hariz could be carrier of thalassemia. mama rasa nak bawa hariz jumpa pakar nak dapat second opinion. hukm ni 3 bln lg baru dpt jumpa doktor lg sekali

bukan senang jd ibu dan juga bapa

petang tadi pergi followup checkup hariz.kali ni kali kedua jumpa paed. first time jumpa wkt hariz masuk ER. janggal juga rasa.
tunggu dr pukul 2. hampir 3.30 baru dpt jumpa doc. dpt doc muda. dia mcm kalut skit. tak tau nape. sepatutnya hariz kena ambil darah lg sekali tp sbb kami dah lambat jadi external checkup je.
result darah hariz yg dulu pun bila printout jd bahasa jerman. datang doktor pakar sbb junior ni kalut, check2 hariz wkt mama tgh bfeed. doc pakar suh ambil darah after 3 mths. dia bg FAC, utk 3 bulan. byk kali doc tanya ada history psl anemia tak dlm family. setau mama takde. tapi dalam kepala ni asyik terpikir, boleh jadi ke sebab parent dan moyang keturunan yang sama, ble menyebabkan talesemia. mama nak search internet nanti.
doc nasihat suh bg bayam, peas n daging merah selalu. setakat ni mmg mknan hariz ada daging. tapi bayam n kacang x pernah bagi. petang lepas balik hospital, beli bayam n balik umah terus celur. bila search internet pasal bayam, ada keburukan dan bahayanya. jadi takut pulak. siap kata ble jadi racun walaupun ada kebaikan. pening kepala. sudahnya, hariz mkn skit je, yg lain semua buang.

info pasal bayam

dilema ibu yg tak berapa muda. kadang2 ada perkara yg perlu kita belajar dari bacaan. kadang2 ada yg kita belajar dari pengalaman, tapi bagaimana kalau kita tersalah ambil tindakan. nyawa anak bukan mainan. dialah harta penyambung warisan

doakan yg terbaik utk 10 okt 2011

esok follow up checkup hariz, lpas doc bgtau hariz ada skit anemia wkt bln posa hari tu.doc suh bg ferum n multivitamin. harap esok doc bg result yg elok2 lpas checkup nnti. berdoa dgn penuh harapan takkan ada yg unexpected diagnosis. hariz lately terlalu aktif. mkn skit. mulut n kaki ringan. sampaikan kaki mama seliuh eksiden ngn walker hariz. be healthy n strong my little hariz

gigi 2 batang dah

Golongan miskin bandar berharap kos hidup di kota dapat diatasi

 

Menjelang Belanjawan 2012: 'Tunggu pengumuman gembira'
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/10/07

KUALA LUMPUR: Golongan ‘miskin bandar’ yang berpendapatan sekitar RM3,000 berharap ada khabar gembira bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 petang ini bagi membantu mereka keluar daripada lingkungan miskin bandar.

Rata-rata masyarakat kota mahu kerajaan memberi tumpuan terhadap masalah kenaikan harga barangan, selain fokus utama juga diberikan terhadap usaha meningkatkan lagi mutu pendidikan kepada golongan berkenaan.

Pekerja swasta, Azmi Idris, 40, berkata pendapatan isi rumah sekitar RM3,000 adalah tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan di ibu kota sekiranya tidak ada bantuan ataupun insentif daripada kerajaan, terutama bagi mengurus pendidikan anak.

“Saya mempunyai anak empat orang, dengan gaji yang ada saya perlu membayar duit rumah, kereta, barangan dapur dan persekolahan anak. Sebahagian besar daripada gaji saya dan isteri habis bagi menampung keperluan ini.

“Bayangkan, perbelanjaan anak sekolah saja RM3 bagi sekolah rendah dan RM5 bagi sekolah menengah, tidak termasuk keperluan persekolahan lain. Belanja dapur sekitar RM300, kadangkala ada permintaan anak tidak dapat ditunaikan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kakitangan swasta, Raj Kumar, 44, mahu aspek pendidikan menjadi tumpuan utama kerajaan bagi membantu golongan miskin bandar supaya mereka turut mendapat pendidikan sempurna serta tidak tercicir daripada arus perdana pembangunan negara.
“Apa yang dilakukan kerajaan hari ini dalam membantu golongan ini adalah berada pada landasan tepat, namun perlu diperkasakan lagi bagi membolehkan semua pihak mendapat nikmat daripada pengumuman kerajaan nanti,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Mashitah Abd Halim, 29, berkata melalui pembentangan belanjawan kali ini, kerajaan diharap lebih agresif membantu golongan miskin bandar dan mereka berpendapatan rendah di ibu kota.

“Kerajaan perlu mengubah sistem, tidak boleh lagi golongan miskin datang kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan, sebaliknya kerajaan perlu mencari mereka. Saya harap akan ada insentif diumumkan kerajaan bagi membantu golongan ini,” katanya.

Di GEORGETOWN, kakitangan swasta, Kenny Lee, 50, berkata golongan berpendapatan sederhana dan rendah paling teruk menerima kesan akibat kenaikan harga barang dan wang yang diperoleh setiap bulan habis begitu saja hanya untuk menampung hidup.

__._,_.___

Perkahwinan satu perjudian?


Malam tadi tengok semanis kurma di TV9, pasal “dia untukku”. Memang kena benar dengan diri ini kan. Bagi sesiapa yang pernah merasa tentu tau bagaimana rasanya bila segala keputusan untuk diri sendiri, bukan berada di tangan sendiri tapi di tangan ibu bapa. Mengenang balik kisah dulu. Ye, pernah terdetik di hati ni, perkahwinan macam satu perjudian hidup. Kalau baik pasangannya, maka baik la perjalanan perkahwinan, jika tidak, maka sebaliknya. Tapi hati dah tetap pendirian, untuk terima qada’ dan qadar ketentuanNya. Ini semua pengorbanan buat Ibu bapa, yang telah menjaga dan mendidik diri ni dari kecil. Dalam hati sentiasa berdoa, moga Allah memberi yang terbaik, buat seorang anak yang berkorban untuk kebahagiaan Ibu Bapanya.



Bila ustaz Asyraf (Imam Muda) sebut pasal ada yang menganggap perkahwinan satu perjudian, salah sebenarnya, kerna perkahwinan itu satu sunnah nabi, ianya dianggap sebagai satu ibadat. Maka, jika kita menganggap perkahwinan itu satu perjudian ianya salah sbb perjudian sememangnya haram. Betul juga cakap ustaz Asyraf tu.



Perkahwinan satu ibadat. Setiap perlakuan kita untuk sesebuah perkahwinan adalah ibadat. Selalu beringat macam tu, maka hati tak terlalu sedih, mahupun rasa tak adil. Menjaga anak satu ibadat, menjaga suami juga satu ibadat, membawa pulang makanan dan rezki buat keluarga juga satu ibadat. Moga Allah terima semua ibadat ku, amin.



(Mama tulis semua ini buat tatapan Muhammad Hariz Al-Hakiim suatu hari nanti, moga Hariz jadi anak yang soleh. Amin).




 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL