perluke hantaran dan kenduri yang mahal untuk sebuah perkahwinan

bahang dari blog cik nae, buat kakty teringin nak berkongsi pasal hal yang sama.

kenduri besar, hantaran yang mahal tak menjamin perkahwinan yang bahagia selepas itu. sentuh bab2 hantaran. bila pikir2 balik, banyak benda yang membazir disitu. contoh diri sendiri, barang hantaran yang mahal-mahal tu first time beli seumur hidup, pakai sekali dua je lepas kenduri then barang- barang tu hancur makan diri sendiri dalam almari. diri ni bukan jenis orang yang bergaya, handbag pun jarang sekali disendeng, kasut tumit tinggi berkilau yang boleh menyebabkan kemalangan lagila tak dipakai. kesimpulannya membazir.
bila pikir 100 kali kenapa orang cipta adat hantaran ni. yang lagi tak paham ada manusia yang suka menilai pengantin tu melalui hantaran. hantaran mahal maksudnya laki tu kaya or bini tu kaya. jangan mudah tertipu. ada yang sampai berhutang untuk buat hantaran, malah ada yang berhutang tak habis bayar lagi sudahpun bercerai.
sebaiknya, belanja setakat mampu. jangan membazir. kalau ada duit lebih baik dijadikan pelaburan atau simpanan untuk masa depan. selalu beringat, yang langit tu bukan selalu cerah, kadangkala kita kena bersiap sedia menghadapi hujan ribut mahupun banjir dalam hidup berumahtangga.

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL