hfmd yang disalah sangka

hariz kena hfmd since friday or thursday. not sure. tapi mulut meleleh dan menangis dengan kerap mula hari jumaat. meleleh yang amat kronik. bajunya basah. baju mama basah, playmat dan segala apa yang hariz pegang basah. kesian dia. makan tak lalu nasib baik minum susu nak. bila tidur bantalnya basah. mulut menjadi bengkak. mama n ayah ingatkan hariz nak tumbuh gigi. rupanya awak kena hfmd. nasib ada mr google. ble kesan simptomnya. kemudian disahkan doktor dan message dari nursery, rupanya sudah 4 orang kena hfmd.
alhamdulillah hari ni keadaan beransur pulih. mulut kurang meleleh dah, walaupun bintik di tangan dan kaki baru nak timbul. esok mama terpaksa hantar awak ke nursery. mama kena kerja sayang. hmmm.. bila keadaan macam ni menimpa tak sanggup nak pergi kerja tapi boss dah bagi sign no long leave. semoga allah melindungi mu bby hariz. semoga allah menerima pengorbanan mama ini, amin

demi sayang buat hariz, semoga sentiasa berada dalam lindungan allah

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL