kebahagiaan

malam tadi melawat rakan seperjuangan semesti. gembira sangat dapat jumpa kawan lama. ita, i'm so happy for you. hoping your new life as full time mom with 2 adorable boys will be filled with joy and happiness. excited sangat sampai tak ingat nak ambil gambar. anak kita berdua umur mereka hampir sama. nanti doakan ty pun akan happy dan bahagia macam ita. insyaallah.
bahagia itu berlainan definisi bagi setiap individu. ada yang bahagia walaupun hidup semua sekadar cukup apa yang ada. ada yang bahagia dengan mempunyai semua kemewahan. namun ada juga yang ada segalanya tapi masih belum bahagia. oleh itu, jangan sesekali menilai kebahagiaan individu lain dengan melihat apa yang boleh dilihat sahaja. kadang-kadang allah mengurniakan kebahagiaan kepada kita bukan dengan harta, tapi dengan ketenangan hati, kesihatan, kasih sayang, anak yang soleh, mahupun persahabatan yang tiada hujungnya.
ya, hidup ini kadangkala tak seperti yang diimpikan, tetapi allah telah menyusun segalanya dengan teratur bagi setiap hambanya. mungkin didatangkanNya segala dugaan tapi dengannya diberikan segala hikmah.

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL