demam datang lagi

petang kelmarin hariz demam panas semula. macam satu nightmare. mama ngan ayah balik cepat dengan happy ingat boleh main dengan hariz comel. rupanya petang tu dia demam. terus bawa pergi klinik sebab dah tak sanggup berhibernasi di ER. masuk ubat buntut, baru suhu turun sedikit demi sedikit. malamnya pukul 3.45 pagi, suhu naik mendadak. hariz panas tapi dia tak menangis, nasib baik mama tersedar. cepat-cepat basahkan badan dan kepala hariz. pukul 7 pagi badan dah sejuk macam tak demam.

petang ni pukul 3 petang panas balik. mama harap kejap lagi turun suhunya

tips dari anak.proboard untuk menjaga anak demam panas


tips-tips ni seorang bapa yang tulis

Antara Panduan Bila Anak Demam

Demam yang terjadi sebenarnya adalah baik, ia sebagai isyarat bahawa ada sesuatu ganguan didalam tubuh, demam juga berfungsi untuk melawan dan menyembuhkan penyakit tersebut.

Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37.

Jika suhu naik sampai 39-40, anda perlu basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun.

Kemudian pergilah berjumpa Doktor dan minta ubat demam. Anda juga perlu standby ubat demam cecair bagi demam biasa, dan ubat demam berbentuk peluru untuk dimasukkan kedalam dubur anak jika suhu badannya terlalu tinggi(emergency), guna ubat ini untuk menurunkan suhu secara pantas.

Antara tanda anak yang demam kuat dan perlu diberi perhatian sungguh2,

1. Kakinya sejuk: Menunjukan demamnya tidak boleh dijangka, ada kemungkinan suhunya akan naik tiba2. Jika kakinya panas menunjukan demamnya stabil dan tidak membimbangkan. Jika kakinya sejuk anda perlu selimutkan dia supaya kakinya kembali panas.

2. Ketar2: Ini menunjukan demamnya kuat dan panas didalam, jauhkan dari kipas, dan bawa dia kebilik suhu normal atau suhu bilik yang agak panas. Dalam masa yg sama lap kepala dan badan anak dengan air jika kulitnya panas. Kalau ada ubat peluru, masukkan melalui duburnya segera.

Salah satu cara untuk menurunkan kepanasan suhu ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan diatas dahi anak, sebaiknya berwudhulah dahulu..letakkan dengan waktu yang lama sehingga panas menyerap kedalam tangan kita, kemudian kita basuh tangan dnegan air, kemudian tetakkan kembali tapak tangan didahi anak, insyallah cepat sembuh. Tu ajalah tips yang saya tahu... itupun melaui pengalaman, bukan dari kajian saintifik.

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL