petang 2 disember 2011

dari petang khamis sampai ahad, anak mama demam panas. suhu tak stabil ranging from 37.5 celcius to 39.9 celcius. panic mama n ayah. masuk ER lagi sekali. sabar je hati waktu didalam ER. mujurlah doktor situ ramai yang comel dan hensem. memang gigih mereka bekerja dengan minat. mula-mula kami sampai katil agak kucar kacir dalam ER, walhal banyak kubikel yang kosong. datang doktor bertugas malam tu doktor munawar, dalam masa 5 minit semua kembali teratur. kami ditempatkan dengan sorang bayi dari rumah tengku budhriah. sian baby tu, tak bermaya.tak tau sakit apa, muntah-muntah sampai kena masuk air. mama tak boleh tengok baby comel tu sayu je rasa nak nangis bila tau dia yatim piatu.

macam-macam usaha kami buat supaya suhu hariz turun sebelum ke hospital, guna asam jawa, tak pakai baju, jerlun kepala, mandi, bagi minum air banyak, mama ambil vitamin c dan nutriferon, namun tak berjaya. bila hospital bagi ubat ikut punggung, barula suhu hariz turun. lain kali, kena beli ubat yang sama standby dirumah.

hari ini, hariz pergi nursery dengan suhu badan suam-suam kuku, tengahari suhu dia naik semula. risau sungguh mama. harap hariz sihat esok.

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL