khas buat suamiku, teman karibku sepanjang hayat

"mode entry jiwang pukul 4:41 pagi, selepas dikejutkan insan kecil yang kelaparan B-)"

Alhamdulillah, hari ni genap 26 hari Muhammad Hariz Al Hakiim bin Mohd Zulhakimi menjenguk dunia. Lagi 4 hari, Hariz bakal mencecah umur sebulan. Sedih dihati, ayah takkan bersama kita dikampung. Apa nak dibuat, tugas di KL, mama pula kena berpantang di kampung. Ikutkan hati mama, mau aje mama naik kapalterbang bawa Hariz balik ke KL, supaya tak berpisah dengan ayah.

Budaya berpantang di kampung, memang tak serasi dengan emosi mama. Ini kali kedua sepanjang 3 tahun lebih, mama terpaksa duduk berjauhan dari ayah. Setahun yang lalu, setiap kali lepas letak telefon, mama akan menangis sampai tertidur, mengenangkan nasib diri yang terpaksa ditinggalkan sebab tugas. Sekarang, setiap kali ayah nak bertolak ke stesen bas, mama akan menangis. Nasib baik Hariz ada, menjadi pengubat rindu dan peneman mama. Muka ayah yang dah ter'acu' di muka Hariz, serba sedikit buat hati mama tenang.


Muka ayah kat muka Hariz


12 oktober 2010, 5.30 petang, katil mama ditolak masuk ke bilik pembedahan sambil ditemani ayah, tok ayah and tok wan. Betapa berdebarnya hati mama, tatkala sampai di bilik pembedahan. Selawat dan doa sentiasa terkumat kamit dibibir tanpa henti. Hati tenang, bila ayah sudi meneman mama di bilik pembedahan. Walaupun muka ayah pucat, tapi demi mama, dia sanggup ketepikan rasa gerun.
Tepat pukul 6 Hariz dilahirkan


Dalam bilik bedah, Allah saja yang tau apa yang terdetik di hati. Sebelah tangan memegang erat tangan ayah. Detik terdengar suara Hariz, gembira dan bersyukur kepadaNya, semuanya selamat. Ayah terus bangkit dari sisi mama, menuju ke arah jururawat yang sedang bersihkan Hariz. Pertama kali mama tengok muka Hariz, sejuk hati ni. Inilah cahaya mataku sayang, yang kami berdua nantikan selama lebih 3 tahun. Sayu hati ini bila ayah pun turut menangis kegembiraan. Semoga Allah memakbulkan doa kami berdua agar Hariz bakal menjadi anak yang soleh, dan dapat berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga. Muhammad Hariz Al-Hakim , pemelihara yang beriman.

Muhammad Hariz Al Hakiim bin Mohd Zulhakimi


Selesai di bilik pembedahan, katil mama ditolak ke wad songket untuk berehat. Doktor menasihatkan mama untuk berjalan pada hari kedua selepas pembedahan. Ayah setia menemani mama, sepanjang berada di wad tanpa jemu. Ayah yang menyuapkan makanan, mengangkat mama dari katil, membersihkan mama, dan segala-galanya. Terima kasih sayangku. Semoga usaha kita bersama untuk membina keluarga, mendapat keredhaan daripada-Nya. Semoga Allah memanjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat, dan semoga kasih sayang yang disemai tidak akan layu buat selama-lamanya. Yang mama tahu, berkat doa ayah, berkat restu ayah, kemaafan yang dipinta dari ayah tiap kali sebelum tidur, membantu memudahkan mama melahirkan Hariz. Biarpun Hariz lahir menerusi emergency C-sect, alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya.


Buat ayah, biarpun kita duduk berasingan di waktu pantang ini, mama akan sentiasa merindui ayah. Mama akan cuba sedaya upaya menjaga Hariz sebaik mungkin. Semoga usaha mama untuk menyusukan Hariz dengan susu badan berjaya hingga umur Hariz paling kurang 6 bulan. Harapan mama semoga istilah susu formula tidak akan ada dalam kamus hidup Hariz selagi susu mama mengalir ;).

Mama sayang ayah dan Hariz.. mmuuuahh.
I love you ayah and Hariz

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL