Misinterpretation of Headline

Tohmahan melanda rumah tangga
Lisdawati akui tidak wujud apa-apa di antaranya & Fauzi





Lakonan pertamanya adalah melalui filem Anaknya Sazali, tetapi kecemerlangan bakat seninya terserlah apabila berlakon dalam filem KL Menjerit sekali gus membuka mata banyak pihak. Malah, menerusi filem berkenaan Lisdawati Nazarudin atau lebih mesra dipanggil Lisda telah dianugerahkan Pelakon Filem Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 pada 2003. Selepas itu, rezekinya semakin mencurah-curah baik dalam drama mahupun filem.

Lisdawati juga berpeluang bergandingan dengan ramai actor berbakat dan terkenal. Dan, siapa sangka, cintanya bertaut di lokasi penggambaran apabila bertemu jodoh dengan pelakon serba boleh, Fauzi Nawawi. Pasangan yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Nuraini Farhana, 1 tahun 5 bulan (semasa fotografi) kini sedang berdebar menanti kehadiran cahaya mata kedua. Lumrah dunia artis, gosip, andaian dan tohmahan sudah menjadi asam garam yang harus dilalui. Terbaru di sebalik kebahagiaan rumah tangga yang dibina, pasangan Juara Sehati Berdansa Musim ke-2 ini dikatakan sudah tidak sehaluan dan akan bercerai. Sejauh mana kebenaran cerita ini, Seri Dewi & KELUARGA sempat mengatur sesi fotografi dengan Lisdawati yang sedang sarat hamil bersama puterinya, Farhana. Sepanjang sesi fotografi ternyata sifat penyayang dan keibuan Lisdawati terserlah kala melayan kerenah anak sulungnya yang sesekali meragam.

SDK: Setelah berkahwin dan mempunyai anak, nampaknya rezeki Lisda semakin melimpah ruah apabila dipilih menjadi duta untuk beberapa produk.
LISDAWATI: Alhamdulilah, saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan. Tidak dinafikan selepas berkahwin dan melahirkan anak, rezeki saya melimpah. Bukan sahaja menerima pelbagai tawaran berlakon tetapi juga dilantik menjadi duta, antaranya adalah Duta untuk Mandian Sabun Johnsons & Johnsons dan juga produk pelangsingan badan Slim World.

SDK: Lisda memulakan karier sebagai model sebelum ke bidang lakonan. Sejauh mana Lis serius dalam bidang lakonan ini?
LISDAWATI: Memang saya menjadikan bidang lakonan sebagai karier sepenuh masa. Lagipun, sayang dengan bakat yang ada dan saya belum puas menceburi bidang seni ini. Walaupun sudah berkahwin, saya banyak menerima tawaran berlakon. Cuma buat masa ini saya perlu berehat seketika kerana sedang sarat hamil anak kedua. Sebenarnya saya dapat tahu pasal kehamilan ini agak lambat sedangkan pada masa yang sama saya telah menerima banyak tawaran. Namun, saya terpaksa tolak dulu tawaran dan selepas bersalin nanti, saya akan sambung kembali aktiviti seni. Filem terbaru saya berjudul Santau dan akan ditayangkan pada umum Disember ini.

SDK: Nampaknya rezeki anak kedua ini agak cepat. Adakah Lisda merancang?
LISDAWATI: Sebenarnya saya dan abang merancang untuk menimang cahaya mata kedua tahun depan menyusu badan. Walau bagaimanapun, inilah dinamakan rezeki Tuhan dan kami berdua menerimanya dengan tangan terbuka. Walaupun pada mulanya apabila dapat tahu kehamilan ini saya agak terkejut, tetapi saya cepat fikir positif dan bersedia menerima kehadirannya (cahaya mata kedua).

SDK: Bagaimana dengan persediaan menanti kehadiran anak kedua?
LISDAWATI: Persediaan macam biasa sama seperti ketika mahu menyambut anak pertama dulu. Saya tidak beli banyak pakaian baru kecuali beberapa helai untuk bayi baru lahir. Ini kerana pakaian Farhana dulu banyak dan masih elok untuk dipakai. Untuk kandungan kali ini, saya tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma saya perasan, Farhana begitu manja dan asyik mahu berkepit dengan saya. Pantang nampak muka saya, pasti dia akan kejar dan mahu saya mendukungnya.

SDK: Bakal menimang cahaya mata kedua, bagaimana Lisda memainkan peranan sebagai ibu?
LISDAWATI: Saya memang utamakan keluarga dalam apa juga perkara sekalipun. Kalau boleh saya tidak akan ambil tawaran yang memerlukan saya kerja luar kawasan selama beberapa hari. Kalau setakat balik hari saya masih boleh ambil. Beza ketika masih bujang dan selepas kahwin serta mempunyai anak, keutamaan adalah keluarga. Farhana juga sebenarnya menyusu badan dan agak menyukarkan apabila perlu berpisah dengannya. Untuk merapatkan hubungan anak-beranak, saya juga sering mengamalkan cara mandi bersama anak dalam tab mandi yang dipenuhi sabun mandian. Ketika inilah saya akan bermain dan membelai tubuh anak dengan perlahan-lahan. Biasanya saya luangkan masa selama 10 minit dan cara ini sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Malah ketika berada di bilik air inilah saya akan ajar perkara ‘basic’ seperti di mana perlu buang air kecil, gosok gigi dan cuci muka.

SDK: Memandangkan Lisda dan Fauzi sama-sama sibuk dengan kerjaya, siapa biasanya yang akan menjaga anak?
LISDAWATI: Biasanya dalam hal ini saya serahkan pada emak. Emak akan bantu menjaga Farhana jika saya sibuk dengan penggambaran di luar. Walaupun sibuk, saya atau abang Fauzi tetap akan luangkan masa dengan anak. Farhana juga rapat dengan ayahnya dan abang memang rajin melayan kerenah Farhana. Biasanya kami akan ajar Farhana agar melihat saya atau abang jika ada lakonan kami di kaca TV. Kalau abang ada penggambaran di luar pun, abang akan buat panggilan 3G untuk berbual dengan Farhana. Farhana sebenarnya menjadi pengikat kasih hubungan antara saya dan abang.


Note: Mereka bukan sudah tiada apa-apa tapi tiada tohmahan yang benar terjadi antara mereka.

0 pinchin':

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates


Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL